Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Saturday 23 February 2013

Romantic?? | Sunnah Rasulullah

Apabila membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik. Bacalah pelan-pelan. Saya pasti yang belum kawin akan tersenyum sipu-sipu baca (entah apa yang dibayangkan). Yang telah berkahwin pula akan lahir dua perasaan. Bagi yang memang romantik, mereka akan bersyukur. Bagi yang garang kat Isteri, mereka akan malu dengan Baginda SAW sebagai Panglima Perang, Ketua Nabi, dan sbg Kekasih Allah.

1. Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” [sahih al-bukhari]. Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

2. Baginda juga mengiringi isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. [Hadis Bukhari dan Muslim.]

3. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. [al-bukhari dan Muslim]

4. Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. [al-bukhari dan Muslim]

5. Malah Rasulullah juga membawa isterinya untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. [Hadis riwayat Muslim]

6. Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” [Bukhari dan Muslim]

7. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

8. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA : “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. [al-Bukhari]

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.” Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. [Bukhari dan Muslim]

9. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” [Bukhari dan Muslim]

9. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. [an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya]

10. Baginda menyayangi Isteri dengan sepenuh hati dan menghargai mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku." [Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118]

11. Tidur bersama isteri dalam satu selimut. Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangun?" Jawab Aisyah, "Kerana saya haid wahai Rasulullah," Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku." Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda." [Riwayat Sa'id bin Manshur].

12. Mencium isteri - Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." [Riwayat Ahmad].

13. Aisyah r.ha. pernah ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: "Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat." [al-Bukhari]

Begitu romantiknya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. =)

Wahai lelaki, usahakanlah untuk lebih dekat dengan wanita kamu..
Perhatikanlah apa2 yang boleh membuatkannya marah dan berusahalah menjauhinya..
Carilah apa2 yang membuatkannya bahagia dan pertahankanlah selama bukan maksiat kepada Allah kerana Nabi saw telah berpesan "janganlah seorang mukmin membenci mukminah, apabila ia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin ia boleh meredhai akhlaknya yang lain" HR Muslim

Lelaki, kita perlu bersabar dalam usaha mentarbiyah isteri. Kerana Baginda SAW ada memberi ingatan tentang ini. Hayatilah pesan baginda saw:

“Berpesan baiklah terhadap para wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas,. Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh karenanya berpesan baiklah terhadap para wanita”. ( Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sumber daripada Imam Muda Asyraf dan sedikit tambahan


Special dedicated to you.. Haaaa!! Awaklaa!! ^_^





No comments:

Post a Comment

|Assalamualaikum|..
Terima kasih sebab sudi kiss and hug entry Murni..
*muuuuaaaxx!!