Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Saturday, 17 May 2014

Review | Satay Willy Ramal Junction

Wallaweyh~ kali ni kite cite pasal makan pulak okeh. Sudah beberapa kali nak try makan satay ni after direcommendkan oleh adik Murni yang kat UPM tapi tidak berkesempatan sebab setiap kali datang memang Q panjang. Haih~ tak daya beta menunggu.

So semalam ajak adik pegi awal dalam pukul 5:30 ptg. Alhamdulillah dah bukak dan yang bestnye orang tak ramai lagi. Yeahhh! Siap-siap order 100 cucuk terus uolls! Haaa sekali lontong balut kulit pisang yang comel, 1 RM singgit je. Untuk satay ayam,daging,perut = RM 0.80. Kambing RM 1.

Murni tapau je sebab malam family nak datang makan besar kat rumah Murni. Cewahhh! Makan besar gitu.

Dari segi rasa Satay Willy ni seriously lagi sedap rempah die berbanding Satay Hj.Samuri yang famos amos tu. Kuah dia agak manis tapi diorang bagi sambal asing untuk sesape yang nak pedas.

Tips sebelum korang beli, kalau boleh datang awal laa sebab kalau pukul 8 ke atas memang Q dah panjang giler dan kene tunggu lama. Kat area situ jugak ade bermacam-ii jenis makanan lain like burger bakar abg burn, char kuew teow, mee udang and banyak lagi. If nak makan kat situ terpaksalah makan asap sekali yang bagi Murni agak kurang selesa laa. Untuk sesape yang nak pegi, google map je sg.ramal junction/satay willy. Tak jauh dari area UPM.
So, korang tengok jela gambo satay ni erk! Hihi ^___^

Tuesday, 13 May 2014

Pregnant | Officially 36 weeks

Fuhh~ setelah berminggu-ii serta berbulan-ii pregnant baru mahu publish. Hihi. Tarrraaaa!! Kandungan Murni sudah mencecah 36 minggu. Left only few weeks sebelum my dear baby keluar melihat dunia. Alhamdulillah~ sepanjang pregnancy Allah kurniakan kekuatan yang amat luar biasa. Murni tak muntah-ii, no no no! Mengidam?? Oh tidak sama sekali. But sakit-ii seperti sakit belakang, sakit perut, kaki bengkak dan sakit kaki tu memang ade laa kann. Apatah lagi dengan pertambahan berat badan yang begitu mendadak but i'm still a cute mommy2be okeyh! ^___^

Allah juga telah kurniakan hencek husband yang bukan sahaja memahami malah banyak menenangkan jiwa dan raga ini. Hihi. Seriously guys gurls, husband Murni tolong pakaikan sandal, kemas rumah, basuh baju sidai baju, basuh pinggan, tukang massage dan banyak lagi lah. So selama pregnant ni tak terasa langsung emosi pelik2 penat ke sakit ke, sokongan hencek husband banyak membantu. Alhamdulillah syukran jazilan~

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Mengharapkan anak yang bakal lahir ini dilindungi Allah serta menjadi anak yang soleh/solehah.
Korang doakan Murni selamat lahirkan baby erk.

>>Assalamualaikum<<

Tuesday, 6 May 2014

Review | Majlis Reception

Ngeh ngeh ngeh! Dah nak bersalin kowt baru nak buat review majlis reception. Untuk pengetahuan anda semua, Murni nikah bulan March 2013 tapi majlis buat lambat bulan December 2013. So sesiapa yang masih tercari-cari baju pengantin, makeup artist serta pelamin bolehlaa check out list yang havoc lagi kebabom dari mereka mereka ini.

Seriously, Murni dah buat survey and dah shortlist. Pakej dan servis yang diberikan sangat-ii terbaik dan affordable tu yang penting. Pada Murni say NO to membazir! Why not kita cari servis 5 star with affordable price kann. Ok guys girlsss check it out!!

Butik Pengantin
Butik Pengantin Intan Sri Andam, Dengkil
ZamrimatTouch Inspired, Bangi
ZettyJasmy Zsd, Puchong

Saturday, 15 March 2014

Kansai Trip | Preparation

Assalam dan salam sejahtera pada semua blog reader. Wahhh~ lamanya Murni tak hupdate blog ni. Maaflah atas kekangan yang melanda memang takde masa uolls! Kali ni nak story mory cket pasal latest trip Murni ke Kansai,Japan. Kalau yang dah pernah pergi tu bolehlaa leave a comment share2 pengalaman kan. Actually Murni suka pergi short trip je dalam 3 hari 2 malam sebab budget. Bagi Murni asal sampai tempat orang merasa scenery and culture dah cukup memuaskan hati. Cewah!

Kansai Trip | Plan
Tentang plan nak pegi holiday di Kansai area; memang dah lama plan. Disebabkan ticket free setiap tahun membolehkan husband and me travel twice a year thats why plan pegi part of Japan daripada ticket tak pakai kannn~ Actually at first memang tak terfikir langsung nak pegi sana but just because husband pandai cakap Jepun so memang ok sangat laa kalau nak pegi. Dulu time bujang jangan haraplaa nak pegi atas halangan bahasa. Gila kau orang Jepun really mengagungkan bahasa mereka tau. Kalau anda cakap English sekalipun jangan harap ada yang paham. Nak tanye papepun tak lepas okeh. Hihi~

Kansai trip | Money Exchanger
Nak pergi negara orang kene laa prepare duit currency diorang kann. Jepun pakai Japanese Yen dan kalau tersalah sebut boleh jadi Yuan plak. Haha! Bab-bab nak tukar duit ni Murni memang suka survey survey harga mana yang murah tapi at last bila terpikir balik duit minyak pusing pusing tu kalau setakat beza 1/2sen memang tak berbaloi. Hihi. But at least for the next trip dah tau tempat mane murah nak tukar duit kat area KLIA ni.

Kansai Trip | Makanan
Hmmmm~ bab makan ni part yang penting. Di negara yang bukan majority community Islam memang teragak-agak nak makan. Kalau tak bawak bekal memang kebulur jugak. Di Jepun bukan tak ada halal food but it is very costly. Kalau nak makan makanan diorang pun, Murni pilih seafood. If beef/chicken meragukan cket. So decide nak bawak cket bekal from Malaysia macam makanan dalam packing yang just guna air panas je. Banyak jual di Tesco/Giant bermacam jenama like Brahim plus sedap2 plak tu okeh! Makanan and 3 in 1 from Malaysia memang wajib bawak sebagai bekalan dan boleh mengurangkan budget trip anda.

Ok guys, selesai sudah Murni menaip bab preparation Murni. Stay tuned for my next entry about travelog Murni di Kansai.
Cau cin cau~ Muaxxxx!

Tuesday, 22 October 2013

Survey baju pengantin | Pening!

Assalam warga blogger sekalian.. Fuh! Fuh! Fuh! Berabok sudah blogku ini.. Al-maklum bzzzzz tak tahulaa cik Murni buat ape.. Alkisah lagi sebulan lebih je lagi majlis perkahwinan Murni, nak dekat sangat tu tapi baju pengantin tak cari lagi.. Murni banyak survey kt internet je uolss.. Banyak gilerr baju lawa2 plus akak butik bagi harga promo gitu katanye sempena sales hujung tahunn.. Perghh~ memang rambang mata and pening nak pilih yang mata satu.. Ni antara baju yang dah shorlisted! Check it out!! Yang mana pilihan hati tu tungguu time wedding kite nanti ye uolllssss! Daaaaa~


Monday, 8 July 2013

Emergency Holiday | OH! Langkawi

Assalam guys! Wahhh, lamanya tak hupdate blog ni. Hihi ^_^ Sorry tau! Bz sangat uolss~ hokey2 straight to the point; pada hari Ahad baru ni, yerp! Ahad baru ni my husband baru je balik keje pagi tu. So balik-balik je die terus tido kepenatan kejelaa kan. I punyelaa bosan tak tahu nak buat ape so i surf internet checking bout Langkawi. Mula-mula ingat just nak survey je dulu tapi lepas contact kereta sewa cakap still available siap nak bagi best price lagitu then i terus contact MAS for booking, katenye for standby ade lagi untuk pergi hari Ahad and balik hari Isnin.
Tanpa lengah-lengah terus kejut husband..

Me : Sayg, jom pegi Langkawi.
Die : Hmmmm, jomlaa siap-siap. (Dengan nada mamai)
Perghhhh~ ingatkan dah nak marah i tadi sebab i tetibe nak pegi Langkawi. Macam Langkawi sebelah rumah je kannn uolss! Hahah.. 

Packing punye packing tanpa isi form untuk book ticket terus je redah pegi counter ticket kat KLIA. Dekat counter plak customer punyerlaa ramai. Kalau staff ni memang kene tunggu counter layan customer dulu laa kan.. Haiyoooo~ memang seyes lama sampai dah rasa cam tak sempat nak dapat flight time 1410. Tinggal 25 min lagi baru settle. Teros pegi check in. Kat counter check in plak die cakap, "saya bagi cik ticket next flight which is pukul 1800. Tapi cik try je lari pegi gate tanya orang yang jaga tu de kosong lagi ke x". Hape lagi, i and my husband berlari kot pegi gate coz at tat tyme gate memang dah tutup. Luckily, sampai je situ passenger tak boarding lagi and customer service cakap seat still ade kosong. Fuhhhh.. Lega.. Dapat jugak naik flight awal. Hihihihi! We are so lucky right?!

Flight ke Langkawi mengambil masa selama sejam je. Tak sempat panas "cik 2 gunung belakang rumah" dah sampai. Stewardess pon bagi kacang and jus sahaja. Dalam kepala dah terbayang makanan macam-macam. Hahaha! 

Sampai je Langkawi, terus amik kereta sewa. Then shoot teros pegi Pantai Cenang cari rest house. Cari punye cari, survey punye survey jumpela satu rest house tepi pantai dan murah. Actually at dis tyme, Langkawi baru dilanda banjir and best part is air takde seluruh Langkawi. Ade pon cenonet je air die. Nevermind, dekat my room adelaa cket air. Sewa pon dapat less rm5 je. Jadilaa kann nak stay pon sehari je. So dis part tak kesah sangat. 

Aduhh.. Penat menaip uolss.. Tengoklaa gambar-gambar.. Nak cerita jugak pasal i makan seafood murah kat satu tempat ni. Tapi i describe detail kat gambar okeh! 

CHECKOUT MY BUDGET AT LANGKAWI.

TICKET FLIGHT STANDBY FOR MAS STAFF RM38/person  = RM 76
SEWA KERETA VIVA MANUAL RM50 (offer price bcoz weekdays) = RM50
FUEL pusing-pusing Langkawi RM30 (actually RM20 pon dah cukup) = RM30
SHOPPING CHOCOLATE RM80 (depends coklat ape yang korg amik) = RM80
SEWA BILIK TEPI PANTAI (Cenang Rest House) memang nice place = RM80
Makan laksa & cendol tepi pantai dekat airport = RM12/2persons
Makan seafood ( Restoran Nelayan, Bukit Malut) Murah dan sedap!!!! = RM47

TOTAL = RM375!! Murah kan?! Hihi ^_^






Restoran Nelayan, Bukit Malut, Langkawi.
Sotong 200g + ikan loban 300g + ketam 200g 
Tomyam sayur 2 org makan 
Ulam + sambal belacan + air asam + sos cili
Seriously sedap dan murah.
Tempat susah sikit nak cari. Betul2 sebelah jeti dekat bukit malut odw to Kuah. Signboard xnampak sangat. 



Shopping coklat kat Haji Ismail. Murah-murah dan RAMBANG MATA! Haha!




Dataran Lang at night. Its WOW!!



Cenang Rest House, Pantai Cenang.
Scenery from our room. Cantik sangat! Worth it RM80 only.




         Durian Perangin Waterfall
        Nice cloud. Subhanallah~







Wednesday, 3 April 2013

#Wonderful Wednesday

To you my dear,
I don't care what people say about you..
I want you not to care what people say about me..
I know few people out there will say something bad about us..
I DONT CARE..

To you my friend,
I dont mind if you want to hang out with my close friend..
I dont mind if you want to 'steal' them from me..
Juz wanna remind you please take care of yourself and please take care of people's feeling..

Its me on my outdoor shoot day with my lovely husband.. U make me whole~