Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Thursday 27 December 2012

Duhai Pemilik Cintaku..


Wahai engkau yang disana,
ditempat para pengabdi pemimpin syurga,
Syurga pelangi ciptaan Sang Maha cinta,
dengarkanlah aku...

Ketahuilah…
Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikah melainkan kerna aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah.
Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerna aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya.

Tahukah kau bahwa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala?
Tahukah kau bahwa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa?
Dan tahukah kau bahwa bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redha padanya maka ia akan masuk surga?
Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang dia suka?

Duhai, calon suamiku…
Tidaklah aku ingin menjadi seorang isteri melainkan kerna janji Allah yang satu ini.
Kerna sesungguhnya aku takut mengetahui bahwa penghuni neraka itu kebanyakan wanita.
Dan hanya kepada Allah aku berharap perlindungan-Nya dan petunjuk-Nya di manapun aku berada.

Wahai calon suamiku…
Telah ditakdirkan Allah bahwa akhirnya engkau memilihku.
Semoga inilah perlindungan dan petunjuk yang Dia berikan agar aku bisa mendapatkan kebenaran janji Allah itu...
Namun, wahai calon suamiku,
Aku ingin kau menyedari bahwa aku bukanlah makhluk yang sempurna seperti juga dirimu.
Maka mengertilah bahwa setelah kita menikah nanti akan banyak hal baru yang akan sama-sama kita ketahui...
InsyaAllah, akan ku jaga apa yang harus ku jaga darimu,
Dan kuharap kau pun menjaga apa yang harus kau jaga dariku.

Bila kau menemukan ketidak sukaanmu padaku kerna kekuranganku
Maka bersabarlah, calon suamiku…
Kerna kadang-kadang pada sesuatu yang tidak kau sukai, Allah menjadikan kebaikan padanya.
Temukanlah kelebihan yang kau sukai dari diriku,
Bukankah kau memiliki alasan mengapa kau ingin menikahiku?

Tetapi, wahai calon suamiku…
Bila ketidak sukaan yang kau temukan itu adalah kerna kesalahanku,
Maka nasihatilah aku, pisahkanlah tempat tidurku dan pukullah aku bila akhirnya aku meninggalkan kewajibanku.
Namun janganlah kau bermaksud menyakitiku hingga membahayakan hidupku kerna aku adalah sebahagian dari dirimu.

Janganlah kau luruskan kebengkokanku, kerna aku bisa patah.
Tetapi berhati-hatilah terhadapku, kerna aku bagaikan gelas kaca.
Ingatlah bahwa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya,
Dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.

Dan cukuplah engkau menjadikan aku seseorang yang patuh kepadamu dengan menjadi seseorang yang pantas aku patuhi.
Sehingga aku mempunyai alasan mengapa aku harus berhias setiap hari,
Dan mengapa aku harus menjaga diriku, kehormatan dan juga hartamu saat kau tidak ada di sisi…InsyaAllah...


Jadikanlah aku sebaik-baik perhiasan duniamu, hartamu yang paling berharga…

Khas buat mu, bakal imamku yang telah memilih diri ini...
syukran akhi...


Sunday 16 December 2012

Airsoft Malaysia (Game Extreme)

Assalamualaikum warga laman banyak sawang!! Heee~
Guys, adakah anda pernah dengar pasal game Airsoft?? Ok, pada sesapa yang tak pernah dengar tu Murni sarankan korang baca entry ni sampai habis ok! Hihi.. Nak dijadikan ceritalaa kan Murni tak de laa familiar sangat dengan game ni BUT since dah rapat dengan insan yang telah berkecimpung dalam game yang sangat amazing ni so mulalaa rasa game ni memang patut diketengahkan pada anda-anda kat luar sana..

Korang mesti pernah dengar game PAINTBALL ryte?? Dis game is something like tat but it is more real and owsem wokeh! Heeee~ Kalo Murni, Murni anggap game ni macam main Counter Strike in reality world. Cewahhhh! Seriously korang game ni much more interesting than PAINTBALL (bukan nak cakap Paintball tak best, sorry pada yang terasa tapi inilah fakta bukan aota). Jom kita buat perbandingan..


PAINTBALL
  • terfamous dikalangan penggemar aktiviti sukan lasak sukakan peperangan & cabaran.
  • memerlukan bukan saja keberanian, malah juga kepantasan, kepekaan, kecekalan, daya tahan diri yang kuat serta kekuatan mental dan fizikal untuk berdepan situasi seakan bertempur di medan perang.
  • sagu hati utama permainan itu iaitu parut lebam akibat dibedil oleh peluru bebola, tambahan pula jika ia mengenai anggota badan yang terdedah. Heeeee!!!~
  • kawasan game rekaan manusia semata-mata erti kata lain tidak real.


AIRSOFT
  • Famous di negara matahari terbit, Jepun bukanlah sukan baru, malah sudah dimainkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia sebelum ‘paintball’, namun atas beberapa sebab, ia tidak terlalu dihebahkan dan dimainkan secara tersembunyi.
  • KETEPATAN menembak asas game ni.
  • 100% situasi real peperangan, weapon yang seakan sama dengan tentera plus kawasan game jugak mirip keadaan real activity peperangan. Fuiyoooo!!! Eh, Murni plak yang excited lebih..
Ok, cukuplaa perbandingan ngan paintball.. Nak letak point lebih nanti ckap Murni buyers plak. Ramai paintballers serang blog Murni plak kang so Murni sambung sini lah yerr. 
Game Airsoft ni yang jadi menariknya pada pandangan Murni, alat kelengkapan suma complete even for your own protection equipment macam  pakaian, kasut, pelindung mata, topi keselamatan, jaket, alat perhubungan semua ada dijual. 100% sama macam apa yang dipakai oleh pihak tentera. So if korang main nanti, mesti ade orang ingat ade operasi latihan tentera kat kawasan tu. Mesti ade yang teruja tengok tentera buat latihan kann.. kannn... kannn??? Untung-untung ade yang mintak sign. Hehe.. Over untuk kedua kalinya! Opss~

Okaylaa, macam dah panjang sangat je entry ni. Cerr korang tengok gambar-gambar pepara Airsofter kat bawah ni pulak.. Murni dah cakap game ni interesting~ Cerr scroll wokeh!!



Airsofter


Style bukan??


Gegurl pown join!!


Posing macam real je~


Ganaszzz but menarik kann..


Best kan??
NOTA KAKI : If korang berminat, bolehlaa contact hencek panda kesayangan Murni ni.. 
                                Fadzli Sulaiman  
Die bulih guide korang~ Chill!! Enjoyy!!

Wednesday 12 December 2012

Life: Why me??

Assalam penghuni alam sesawang.. Kala ini Murni masih tidak dapat melelapkan mata kerana banyak perkara yang mengusutkan kepala.. Merasakan diri ini sangat hina kepada insan tersayang..

Layakkah diri ini untuk mendampingi seorang insan yang terlalu baik dan selalu buat diri ini tersenyum.. Melihat diri yang banyak cela sana sini Ya Allah, sangat indah kurniaanMu.. Syukur Alhamdulillah~

Adakah Engkau mahu membuka mataku seluas-luasnya Ya Allah?

Adakah Engkau mahu membuktikan bahawa YA! Dialah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku.. 

Ya Allah berilah petunjukMU..
Aku sangsi dengan pilihan ini..
Aku ragu-ragu dengan jalan ini..
Berilah aku kekuatan..
KAU rungkaikanlah apa yang tersirat KAU bukakanlah mata hatiku ini..
KAU yakinkanlah hati ini..
Jika benar dia untukku, dekatkanlah hati ini tetapkanlah hati ini..
KAU tunjukkanlah melalui apa cara sekalipun..
SesungguhNya hanya Engkau Maha Mengetahui siapa yang terbaik buat diri ini..

#masih menunggu waktu untuk solat Istikarah..

Tuesday 11 December 2012

Beautiful songs & lovely lyrics..

  1. Aliff Aziz & Adira - Keajaiban Cinta (OST Drama Tiara).



2.   Ayushita - Tuhan berikan aku cinta.



3.  Raffi Ahmad & Bella - Jodoh di tangan Tuhan.


4.  Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta.