Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Saturday 17 May 2014

Review | Satay Willy Ramal Junction

Wallaweyh~ kali ni kite cite pasal makan pulak okeh. Sudah beberapa kali nak try makan satay ni after direcommendkan oleh adik Murni yang kat UPM tapi tidak berkesempatan sebab setiap kali datang memang Q panjang. Haih~ tak daya beta menunggu.

So semalam ajak adik pegi awal dalam pukul 5:30 ptg. Alhamdulillah dah bukak dan yang bestnye orang tak ramai lagi. Yeahhh! Siap-siap order 100 cucuk terus uolls! Haaa sekali lontong balut kulit pisang yang comel, 1 RM singgit je. Untuk satay ayam,daging,perut = RM 0.80. Kambing RM 1.

Murni tapau je sebab malam family nak datang makan besar kat rumah Murni. Cewahhh! Makan besar gitu.

Dari segi rasa Satay Willy ni seriously lagi sedap rempah die berbanding Satay Hj.Samuri yang famos amos tu. Kuah dia agak manis tapi diorang bagi sambal asing untuk sesape yang nak pedas.

Tips sebelum korang beli, kalau boleh datang awal laa sebab kalau pukul 8 ke atas memang Q dah panjang giler dan kene tunggu lama. Kat area situ jugak ade bermacam-ii jenis makanan lain like burger bakar abg burn, char kuew teow, mee udang and banyak lagi. If nak makan kat situ terpaksalah makan asap sekali yang bagi Murni agak kurang selesa laa. Untuk sesape yang nak pegi, google map je sg.ramal junction/satay willy. Tak jauh dari area UPM.
So, korang tengok jela gambo satay ni erk! Hihi ^___^

Tuesday 13 May 2014

Pregnant | Officially 36 weeks

Fuhh~ setelah berminggu-ii serta berbulan-ii pregnant baru mahu publish. Hihi. Tarrraaaa!! Kandungan Murni sudah mencecah 36 minggu. Left only few weeks sebelum my dear baby keluar melihat dunia. Alhamdulillah~ sepanjang pregnancy Allah kurniakan kekuatan yang amat luar biasa. Murni tak muntah-ii, no no no! Mengidam?? Oh tidak sama sekali. But sakit-ii seperti sakit belakang, sakit perut, kaki bengkak dan sakit kaki tu memang ade laa kann. Apatah lagi dengan pertambahan berat badan yang begitu mendadak but i'm still a cute mommy2be okeyh! ^___^

Allah juga telah kurniakan hencek husband yang bukan sahaja memahami malah banyak menenangkan jiwa dan raga ini. Hihi. Seriously guys gurls, husband Murni tolong pakaikan sandal, kemas rumah, basuh baju sidai baju, basuh pinggan, tukang massage dan banyak lagi lah. So selama pregnant ni tak terasa langsung emosi pelik2 penat ke sakit ke, sokongan hencek husband banyak membantu. Alhamdulillah syukran jazilan~

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Mengharapkan anak yang bakal lahir ini dilindungi Allah serta menjadi anak yang soleh/solehah.
Korang doakan Murni selamat lahirkan baby erk.

>>Assalamualaikum<<

Tuesday 6 May 2014

Review | Majlis Reception

Ngeh ngeh ngeh! Dah nak bersalin kowt baru nak buat review majlis reception. Untuk pengetahuan anda semua, Murni nikah bulan March 2013 tapi majlis buat lambat bulan December 2013. So sesiapa yang masih tercari-cari baju pengantin, makeup artist serta pelamin bolehlaa check out list yang havoc lagi kebabom dari mereka mereka ini.

Seriously, Murni dah buat survey and dah shortlist. Pakej dan servis yang diberikan sangat-ii terbaik dan affordable tu yang penting. Pada Murni say NO to membazir! Why not kita cari servis 5 star with affordable price kann. Ok guys girlsss check it out!!

Butik Pengantin
Butik Pengantin Intan Sri Andam, Dengkil
ZamrimatTouch Inspired, Bangi
ZettyJasmy Zsd, Puchong