Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Friday 15 February 2013

Bicara sempadan kasih kita | Yatt Hamzah

Assalamualaikum penghuni laman sesawang.. Selamat pagi cinta.. Cewahhh! Mentang-mentang baru valentines day kannnn... Japp!! Cik Murni tak sambut wokeh!! Hopefully muslimin & muslimat kat luar sana pun sama macam Murni.. Especially sesape yang tak nikah lagi tu.. Buat anda yang sudah berkahwin, patutkah kita celebrate?? Adakah cinta kita pada insan tersayang itu bermusim?? Semestinya tidak bukan.. Okeh, lets straight to da point. Actually semalam bertempat di Surau al-Hidayah, Saujana Utama telah berlangsungnya satu bicara bertajuk Sempadan Kasih Kita yang berpanelkan pelakon & pengacara Yatt Hamzah, isteri kepada ADUN, ibu Lin & pelajar UITM.

Bagi Murni dis talks agak menarik kerana mengupas tentang sempadan-sempadan kasih baik ketika bercinta atau selepas berkahwin. Ahli panel banyak bercerita tentang realiti hidup mereka. Banyak juga input yang Murni dapat sebagai panduan di kemudian hari especially ketika berkeluarga sendiri nanti.. Preparation untuk berkahwin laa katekan..

Kak Yatt cakap, bercinta selepas berkahwin itu lebih indah dari bercinta sebelum kahwin.. Ibu Lin pulak cakap, sebelum kahwin kita lebih tertarik pada luaran kecantikan ketampanan pasangan kita tetapi selepas berkahwin kita lebih tertarik pada personaliti dan akhlak pasangan kita, yang cantik dan tampan tu dah tak pandang sangat.

Kesimpulan-kesimpulan dari bicara ini yang dapat Murni ringkaskan kat sini adalah :

# kita perlu adakan sempadan or dinding ketika bercinta tetapi biarlah ketika berkeluarga sesama keluarga dengan ibu dan ayah kita, kita robohkanlah sempadan itu.

# ibu bapa perlu menjadi sweet talker kepada anak-anak supaya anak senang berinteraksi meluahkan masalah, justeru anak lebih tenang dan aman duduk di rumah.

# dalam hidup suami isteri kita perlu ada 4M which are Menghormati, Menyayangi, Melengkapi dan Mendidik.

# suami isteri jangan segan silu berpegangan tangan dan berpelukan ketika keluar bersiar or ke mana sahaja. Semarakkan cinta walau bertahun berkahwin. Dah halal kan.. Time bercinta boleh pulak pegang tangan, peluk-peluk dan suap-suap kann?? Why lepas kahwin segan nak buat? Dapat pahala lagi tu.

# kalau anak nak kahwin, permudahkanlah. Meskipun anak masih belajar. Rezeki Allah yang tentukan..

# untuk ibu-ibu yang kuat membebel kat luar sana, kalau suami balik keje penat, janganlaa membebel, lelaki tak suka wokeh sooooo biar FREE BEBEL at home. Dear, I'm not kuat bebel kannn?? In Shaa Allah, mengharapkan sifat ini kekal walau selepas berkahwin..

Actually banyak lagi benda menarik dalam bicara ni tapi kalau nak taip semua sampai esok pagi pun tak habes uolss. So ni jela yang dapat Murni share ngan korang. Sharing is caring gitu.. Hencek fiance pernah pesan jugak pada diri ini, suami dan isteri itu ibarat satu irama.. Sorang bermain gitar sorang bermain drum. Bunyi yang berlainan, rentak yang berlainan. Masing-masing perlu harmonizekan bunyi itu supaya menjadi satu irama yang sangat sedap didengar. Wahhhh~ berfalsafah di situ. Bukan berfal'sampah' okeh.. For me pulak, not the same characteristics tat i'm searching for BUT understanding our different characteristics tat i'm looking for..
Sama-samalah kita perbaiki diri kita sendiri, hanya kita yang mampu mengubahnya In Shaa Allah.. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi kita perlu berusaha jugak kan.. Don't ever forget to thank HIM.. Jaga hubungan dengan Allah, In Shaa Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan insan2 tersayang. Apa yang kita ada sekarang, family, pasangan, rakan-rakan adalah sekadar pinjaman di dunia, mereka amanah untuk kita sayangi dan kasihi. Bila-bila masa Allah akan tarik nikmat itu.. Wallahualam~ Sekian..






No comments:

Post a Comment

|Assalamualaikum|..
Terima kasih sebab sudi kiss and hug entry Murni..
*muuuuaaaxx!!