Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Wednesday 12 December 2012

Life: Why me??

Assalam penghuni alam sesawang.. Kala ini Murni masih tidak dapat melelapkan mata kerana banyak perkara yang mengusutkan kepala.. Merasakan diri ini sangat hina kepada insan tersayang..

Layakkah diri ini untuk mendampingi seorang insan yang terlalu baik dan selalu buat diri ini tersenyum.. Melihat diri yang banyak cela sana sini Ya Allah, sangat indah kurniaanMu.. Syukur Alhamdulillah~

Adakah Engkau mahu membuka mataku seluas-luasnya Ya Allah?

Adakah Engkau mahu membuktikan bahawa YA! Dialah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku.. 

Ya Allah berilah petunjukMU..
Aku sangsi dengan pilihan ini..
Aku ragu-ragu dengan jalan ini..
Berilah aku kekuatan..
KAU rungkaikanlah apa yang tersirat KAU bukakanlah mata hatiku ini..
KAU yakinkanlah hati ini..
Jika benar dia untukku, dekatkanlah hati ini tetapkanlah hati ini..
KAU tunjukkanlah melalui apa cara sekalipun..
SesungguhNya hanya Engkau Maha Mengetahui siapa yang terbaik buat diri ini..

#masih menunggu waktu untuk solat Istikarah..

3 comments:

  1. Alhamdulillah,insan itu menerimamu seadanya...
    Alhamdulillah,insan itu menyayangimu seperti mana dirimu menyayanginya...
    In Shaa Allah,teguh insan itu dengan janjinya pada anda...
    In Shaa Allah, kamu dan dia akan bahagia bersama2...

    Amin Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sujud syukur padaMU Ya Allah atas segala cinta~
      #terima kasih atas statement mbina..

      Delete

|Assalamualaikum|..
Terima kasih sebab sudi kiss and hug entry Murni..
*muuuuaaaxx!!