Wallaweyh~ kali ni kite cite pasal makan pulak okeh. Sudah beberapa kali nak try makan satay ni after direcommendkan oleh adik Murni yang kat UPM tapi tidak berkesempatan sebab setiap kali datang memang Q panjang. Haih~ tak daya beta menunggu.
So semalam ajak adik pegi awal dalam pukul 5:30 ptg. Alhamdulillah dah bukak dan yang bestnye orang tak ramai lagi. Yeahhh! Siap-siap order 100 cucuk terus uolls! Haaa sekali lontong balut kulit pisang yang comel, 1 RM singgit je. Untuk satay ayam,daging,perut = RM 0.80. Kambing RM 1.
Murni tapau je sebab malam family nak datang makan besar kat rumah Murni. Cewahhh! Makan besar gitu.
Dari segi rasa Satay Willy ni seriously lagi sedap rempah die berbanding Satay Hj.Samuri yang famos amos tu. Kuah dia agak manis tapi diorang bagi sambal asing untuk sesape yang nak pedas.
Tips sebelum korang beli, kalau boleh datang awal laa sebab kalau pukul 8 ke atas memang Q dah panjang giler dan kene tunggu lama. Kat area situ jugak ade bermacam-ii jenis makanan lain like burger bakar abg burn, char kuew teow, mee udang and banyak lagi. If nak makan kat situ terpaksalah makan asap sekali yang bagi Murni agak kurang selesa laa. Untuk sesape yang nak pegi, google map je sg.ramal junction/satay willy. Tak jauh dari area UPM.
So, korang tengok jela gambo satay ni erk! Hihi ^___^
No comments:
Post a Comment
|Assalamualaikum|..
Terima kasih sebab sudi kiss and hug entry Murni..
*muuuuaaaxx!!