Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Saturday 17 May 2014

Review | Satay Willy Ramal Junction

Wallaweyh~ kali ni kite cite pasal makan pulak okeh. Sudah beberapa kali nak try makan satay ni after direcommendkan oleh adik Murni yang kat UPM tapi tidak berkesempatan sebab setiap kali datang memang Q panjang. Haih~ tak daya beta menunggu.

So semalam ajak adik pegi awal dalam pukul 5:30 ptg. Alhamdulillah dah bukak dan yang bestnye orang tak ramai lagi. Yeahhh! Siap-siap order 100 cucuk terus uolls! Haaa sekali lontong balut kulit pisang yang comel, 1 RM singgit je. Untuk satay ayam,daging,perut = RM 0.80. Kambing RM 1.

Murni tapau je sebab malam family nak datang makan besar kat rumah Murni. Cewahhh! Makan besar gitu.

Dari segi rasa Satay Willy ni seriously lagi sedap rempah die berbanding Satay Hj.Samuri yang famos amos tu. Kuah dia agak manis tapi diorang bagi sambal asing untuk sesape yang nak pedas.

Tips sebelum korang beli, kalau boleh datang awal laa sebab kalau pukul 8 ke atas memang Q dah panjang giler dan kene tunggu lama. Kat area situ jugak ade bermacam-ii jenis makanan lain like burger bakar abg burn, char kuew teow, mee udang and banyak lagi. If nak makan kat situ terpaksalah makan asap sekali yang bagi Murni agak kurang selesa laa. Untuk sesape yang nak pegi, google map je sg.ramal junction/satay willy. Tak jauh dari area UPM.
So, korang tengok jela gambo satay ni erk! Hihi ^___^

Tuesday 13 May 2014

Pregnant | Officially 36 weeks

Fuhh~ setelah berminggu-ii serta berbulan-ii pregnant baru mahu publish. Hihi. Tarrraaaa!! Kandungan Murni sudah mencecah 36 minggu. Left only few weeks sebelum my dear baby keluar melihat dunia. Alhamdulillah~ sepanjang pregnancy Allah kurniakan kekuatan yang amat luar biasa. Murni tak muntah-ii, no no no! Mengidam?? Oh tidak sama sekali. But sakit-ii seperti sakit belakang, sakit perut, kaki bengkak dan sakit kaki tu memang ade laa kann. Apatah lagi dengan pertambahan berat badan yang begitu mendadak but i'm still a cute mommy2be okeyh! ^___^

Allah juga telah kurniakan hencek husband yang bukan sahaja memahami malah banyak menenangkan jiwa dan raga ini. Hihi. Seriously guys gurls, husband Murni tolong pakaikan sandal, kemas rumah, basuh baju sidai baju, basuh pinggan, tukang massage dan banyak lagi lah. So selama pregnant ni tak terasa langsung emosi pelik2 penat ke sakit ke, sokongan hencek husband banyak membantu. Alhamdulillah syukran jazilan~

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Mengharapkan anak yang bakal lahir ini dilindungi Allah serta menjadi anak yang soleh/solehah.
Korang doakan Murni selamat lahirkan baby erk.

>>Assalamualaikum<<

Tuesday 6 May 2014

Review | Majlis Reception

Ngeh ngeh ngeh! Dah nak bersalin kowt baru nak buat review majlis reception. Untuk pengetahuan anda semua, Murni nikah bulan March 2013 tapi majlis buat lambat bulan December 2013. So sesiapa yang masih tercari-cari baju pengantin, makeup artist serta pelamin bolehlaa check out list yang havoc lagi kebabom dari mereka mereka ini.

Seriously, Murni dah buat survey and dah shortlist. Pakej dan servis yang diberikan sangat-ii terbaik dan affordable tu yang penting. Pada Murni say NO to membazir! Why not kita cari servis 5 star with affordable price kann. Ok guys girlsss check it out!!

Butik Pengantin
Butik Pengantin Intan Sri Andam, Dengkil
ZamrimatTouch Inspired, Bangi
ZettyJasmy Zsd, Puchong

Saturday 15 March 2014

Kansai Trip | Preparation

Assalam dan salam sejahtera pada semua blog reader. Wahhh~ lamanya Murni tak hupdate blog ni. Maaflah atas kekangan yang melanda memang takde masa uolls! Kali ni nak story mory cket pasal latest trip Murni ke Kansai,Japan. Kalau yang dah pernah pergi tu bolehlaa leave a comment share2 pengalaman kan. Actually Murni suka pergi short trip je dalam 3 hari 2 malam sebab budget. Bagi Murni asal sampai tempat orang merasa scenery and culture dah cukup memuaskan hati. Cewah!

Kansai Trip | Plan
Tentang plan nak pegi holiday di Kansai area; memang dah lama plan. Disebabkan ticket free setiap tahun membolehkan husband and me travel twice a year thats why plan pegi part of Japan daripada ticket tak pakai kannn~ Actually at first memang tak terfikir langsung nak pegi sana but just because husband pandai cakap Jepun so memang ok sangat laa kalau nak pegi. Dulu time bujang jangan haraplaa nak pegi atas halangan bahasa. Gila kau orang Jepun really mengagungkan bahasa mereka tau. Kalau anda cakap English sekalipun jangan harap ada yang paham. Nak tanye papepun tak lepas okeh. Hihi~

Kansai trip | Money Exchanger
Nak pergi negara orang kene laa prepare duit currency diorang kann. Jepun pakai Japanese Yen dan kalau tersalah sebut boleh jadi Yuan plak. Haha! Bab-bab nak tukar duit ni Murni memang suka survey survey harga mana yang murah tapi at last bila terpikir balik duit minyak pusing pusing tu kalau setakat beza 1/2sen memang tak berbaloi. Hihi. But at least for the next trip dah tau tempat mane murah nak tukar duit kat area KLIA ni.

Kansai Trip | Makanan
Hmmmm~ bab makan ni part yang penting. Di negara yang bukan majority community Islam memang teragak-agak nak makan. Kalau tak bawak bekal memang kebulur jugak. Di Jepun bukan tak ada halal food but it is very costly. Kalau nak makan makanan diorang pun, Murni pilih seafood. If beef/chicken meragukan cket. So decide nak bawak cket bekal from Malaysia macam makanan dalam packing yang just guna air panas je. Banyak jual di Tesco/Giant bermacam jenama like Brahim plus sedap2 plak tu okeh! Makanan and 3 in 1 from Malaysia memang wajib bawak sebagai bekalan dan boleh mengurangkan budget trip anda.

Ok guys, selesai sudah Murni menaip bab preparation Murni. Stay tuned for my next entry about travelog Murni di Kansai.
Cau cin cau~ Muaxxxx!