Tukang Skodeng!!

Click HERE to see promo!

Tuesday 22 October 2013

Survey baju pengantin | Pening!

Assalam warga blogger sekalian.. Fuh! Fuh! Fuh! Berabok sudah blogku ini.. Al-maklum bzzzzz tak tahulaa cik Murni buat ape.. Alkisah lagi sebulan lebih je lagi majlis perkahwinan Murni, nak dekat sangat tu tapi baju pengantin tak cari lagi.. Murni banyak survey kt internet je uolss.. Banyak gilerr baju lawa2 plus akak butik bagi harga promo gitu katanye sempena sales hujung tahunn.. Perghh~ memang rambang mata and pening nak pilih yang mata satu.. Ni antara baju yang dah shorlisted! Check it out!! Yang mana pilihan hati tu tungguu time wedding kite nanti ye uolllssss! Daaaaa~


Monday 8 July 2013

Emergency Holiday | OH! Langkawi

Assalam guys! Wahhh, lamanya tak hupdate blog ni. Hihi ^_^ Sorry tau! Bz sangat uolss~ hokey2 straight to the point; pada hari Ahad baru ni, yerp! Ahad baru ni my husband baru je balik keje pagi tu. So balik-balik je die terus tido kepenatan kejelaa kan. I punyelaa bosan tak tahu nak buat ape so i surf internet checking bout Langkawi. Mula-mula ingat just nak survey je dulu tapi lepas contact kereta sewa cakap still available siap nak bagi best price lagitu then i terus contact MAS for booking, katenye for standby ade lagi untuk pergi hari Ahad and balik hari Isnin.
Tanpa lengah-lengah terus kejut husband..

Me : Sayg, jom pegi Langkawi.
Die : Hmmmm, jomlaa siap-siap. (Dengan nada mamai)
Perghhhh~ ingatkan dah nak marah i tadi sebab i tetibe nak pegi Langkawi. Macam Langkawi sebelah rumah je kannn uolss! Hahah.. 

Packing punye packing tanpa isi form untuk book ticket terus je redah pegi counter ticket kat KLIA. Dekat counter plak customer punyerlaa ramai. Kalau staff ni memang kene tunggu counter layan customer dulu laa kan.. Haiyoooo~ memang seyes lama sampai dah rasa cam tak sempat nak dapat flight time 1410. Tinggal 25 min lagi baru settle. Teros pegi check in. Kat counter check in plak die cakap, "saya bagi cik ticket next flight which is pukul 1800. Tapi cik try je lari pegi gate tanya orang yang jaga tu de kosong lagi ke x". Hape lagi, i and my husband berlari kot pegi gate coz at tat tyme gate memang dah tutup. Luckily, sampai je situ passenger tak boarding lagi and customer service cakap seat still ade kosong. Fuhhhh.. Lega.. Dapat jugak naik flight awal. Hihihihi! We are so lucky right?!

Flight ke Langkawi mengambil masa selama sejam je. Tak sempat panas "cik 2 gunung belakang rumah" dah sampai. Stewardess pon bagi kacang and jus sahaja. Dalam kepala dah terbayang makanan macam-macam. Hahaha! 

Sampai je Langkawi, terus amik kereta sewa. Then shoot teros pegi Pantai Cenang cari rest house. Cari punye cari, survey punye survey jumpela satu rest house tepi pantai dan murah. Actually at dis tyme, Langkawi baru dilanda banjir and best part is air takde seluruh Langkawi. Ade pon cenonet je air die. Nevermind, dekat my room adelaa cket air. Sewa pon dapat less rm5 je. Jadilaa kann nak stay pon sehari je. So dis part tak kesah sangat. 

Aduhh.. Penat menaip uolss.. Tengoklaa gambar-gambar.. Nak cerita jugak pasal i makan seafood murah kat satu tempat ni. Tapi i describe detail kat gambar okeh! 

CHECKOUT MY BUDGET AT LANGKAWI.

TICKET FLIGHT STANDBY FOR MAS STAFF RM38/person  = RM 76
SEWA KERETA VIVA MANUAL RM50 (offer price bcoz weekdays) = RM50
FUEL pusing-pusing Langkawi RM30 (actually RM20 pon dah cukup) = RM30
SHOPPING CHOCOLATE RM80 (depends coklat ape yang korg amik) = RM80
SEWA BILIK TEPI PANTAI (Cenang Rest House) memang nice place = RM80
Makan laksa & cendol tepi pantai dekat airport = RM12/2persons
Makan seafood ( Restoran Nelayan, Bukit Malut) Murah dan sedap!!!! = RM47

TOTAL = RM375!! Murah kan?! Hihi ^_^






Restoran Nelayan, Bukit Malut, Langkawi.
Sotong 200g + ikan loban 300g + ketam 200g 
Tomyam sayur 2 org makan 
Ulam + sambal belacan + air asam + sos cili
Seriously sedap dan murah.
Tempat susah sikit nak cari. Betul2 sebelah jeti dekat bukit malut odw to Kuah. Signboard xnampak sangat. 



Shopping coklat kat Haji Ismail. Murah-murah dan RAMBANG MATA! Haha!




Dataran Lang at night. Its WOW!!



Cenang Rest House, Pantai Cenang.
Scenery from our room. Cantik sangat! Worth it RM80 only.




         Durian Perangin Waterfall
        Nice cloud. Subhanallah~







Wednesday 3 April 2013

#Wonderful Wednesday

To you my dear,
I don't care what people say about you..
I want you not to care what people say about me..
I know few people out there will say something bad about us..
I DONT CARE..

To you my friend,
I dont mind if you want to hang out with my close friend..
I dont mind if you want to 'steal' them from me..
Juz wanna remind you please take care of yourself and please take care of people's feeling..

Its me on my outdoor shoot day with my lovely husband.. U make me whole~

Sunday 24 March 2013

#Stunning Sunday | Henna

My engagement henna still there BUT another few days it will be 'topup' by another henna.
Its damn fast BUT i still wanna say Alhamdulillah, thank you Allah for wat U've given to me.
Dear, u r anugerah terindah! ^_^


Wednesday 20 March 2013

Air Legislation | Undang-undang Udara

Selamat sejahtera ke atas kamu.. Assalamualaikum semua.. Hamboih, formal uols macam nak berucap pulak! Hmmmmm... Haih... Hela nafas panjang kejap.. *penat kot! Ni I nak tanye ni, dah lama erk Murni tak hupdate belog?? Hmmm... Mungkinlaa kot kann sebab sejak akhir-akhir ni I agak busy cket.. Sorry sangat, memang takde masa.. Cer tanye fiance I bape lama I tak ngadap muke die.. I asyik ngadap buku and buku and buku and buku lagii and lagi... *bunyi macam busy sesangat kannn~ sekarang ni pulak tengah sibuk prepare nak buat assessment air legislation which is one of the requirement before I nak dapat basic license.. Eh! Janganlaa buat muke blurrrr.. Murni tau mesti korang tak tahu amende Murni cakap ni.. Chop!! Hari ni Murni nak cite sedikit sebanyak tapi takdelaa banyak pown berkenaan dengan topic kat atas tu takkan nak divert pulak kan.. Topic lain cite lain.. Dah macam tutttt laaa plak.. Tak nak laa mention. Nanti ramai yang terasa. Hihi~ So bab basic license tu nanti Murni cite kat entry akan datang wokeh! Sabar yea~

Eh! Dah nak start cite ni, amik perhatian tau.. Korang mesti pelik apahal kat udara pown ade undang-undang.. Mane ade penduduk kat udara.. *macam kayangan gitu.. Law untuk burung burung ke?? Pelik, pelik... Ni yang Murni nak bagitau ni korang... Actually, dis law bukan untuk binatang or layang layang or worst case orang ingat untuk orang kayangan agaknye BUT it is for aircraft or nama glamor die kapal tobang or orang sarawak panggil belon yang merentasi udara.. Haaa... Dapat bayangkan tak? Sebagai operator macam company Murni which is MAS, mereka perlu dapat kebenaran dari pihak Department Of Civil Aviation (DCA) sebelum beroperasi membawa penumpang untuk ke destinasi tertentu dengan menggunakan aircraft.. Banyak jugak laa certificate/approval yang kami kene mintak dari DCA ni. Korang nak tau tak, kapal terbang tu sendiri ade surat beranak tau! Haaaa~ Plus ade no plat untuk setiap kapal macam kete jugak.. Tak tahu kan.. Ni murni nak bagitaulaaa ni.. New knowledge for uols. Kat sini Murni just cerita very general laa but actually banyak lagi benda pasal air leg ni.. Murni ni memang sangat lemah bab-bab law ni.. Murni tau bukan Murni sorang je yang kureng suke. Hihi. Neway, wateva it is by hook or by crook i've to study bout dis in order for me to become an engineer.. Susah kan? Dahlaa nak blaja pasal system kapal lagi, company procedure lagi.. Oh! Stresss~
Luckily ade insan pendorong dan pemberi semangat pada diri ini plus dia seriously sangat memahami kerjaya Murni.. Tak payahlaa nak mention kat sini kang die kembang setaman plak and senyum sorang-sorang.. Alalaalalaaa... Sangat comot! Wekkkk~ Tak lupe jugak pada family especially ibu and ayah.. Love you both soo much!

Jap,macam lawak pown ade bile tengok topic pasal air leg tapi Murni cite cipot jerr pasal tu.. Hihi.. Jangan marah.. Ok guys, c you ols for the next entry.. Sekadar cukup syarat ntok hupdate belog jer.. Ngeee! Tunggu tau next entry pasal..... Rahsia!! Surprise!! ^_^ assalam..

Friday 15 March 2013

Customade Solemnization Ring | Anggun Klasik




Yeah!!!! At last, after 1 and a half month waiting, our lovely ring are DONE!!
Pada mulanya takut jugak kalau-kalau tak sempat siap.. Hihi~ Alhamdulillah..
Sangat berpuas hati dengan hasilnya.. Cincin yang ala-ala zaman dahulu kala ni memang classic looking..
Hencek fiance memilih batu zirconia black colour.. Katanya symbolic hajarul aswad..
Really NICE actually meskipun ramai yang kurang gemarkan cincin bertahta batu hitam..
Bagi Murni yang memang sukakan unique design dan kadang kala suka benda jarang orang pakai sooooo dis is the BEST choice for me..
Bagi sesiapa yang berminat nak tempah cincin customade ni, bolehlaa contact En.Zulfa ni..
Memang senang berurusan dengan beliau..
But before buat appointment is better for you to pilih dulu design or design sendiri ur ring pilih batu warna ape uols nak sebab tak lah membazir masa time appointment nanti plus uols bleyh ambil masa pilih design terbaik..
Seriuosly rambang mata wokeh!!

Wordpress : Anggun Klasik
Contact No :  012-9602339 

Saturday 23 February 2013

Romantic?? | Sunnah Rasulullah

Apabila membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik. Bacalah pelan-pelan. Saya pasti yang belum kawin akan tersenyum sipu-sipu baca (entah apa yang dibayangkan). Yang telah berkahwin pula akan lahir dua perasaan. Bagi yang memang romantik, mereka akan bersyukur. Bagi yang garang kat Isteri, mereka akan malu dengan Baginda SAW sebagai Panglima Perang, Ketua Nabi, dan sbg Kekasih Allah.

1. Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” [sahih al-bukhari]. Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

2. Baginda juga mengiringi isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. [Hadis Bukhari dan Muslim.]

3. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. [al-bukhari dan Muslim]

4. Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. [al-bukhari dan Muslim]

5. Malah Rasulullah juga membawa isterinya untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. [Hadis riwayat Muslim]

6. Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” [Bukhari dan Muslim]

7. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

8. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA : “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. [al-Bukhari]

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.” Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. [Bukhari dan Muslim]

9. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” [Bukhari dan Muslim]

9. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. [an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya]

10. Baginda menyayangi Isteri dengan sepenuh hati dan menghargai mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku." [Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118]

11. Tidur bersama isteri dalam satu selimut. Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangun?" Jawab Aisyah, "Kerana saya haid wahai Rasulullah," Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku." Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda." [Riwayat Sa'id bin Manshur].

12. Mencium isteri - Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." [Riwayat Ahmad].

13. Aisyah r.ha. pernah ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: "Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat." [al-Bukhari]

Begitu romantiknya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. =)

Wahai lelaki, usahakanlah untuk lebih dekat dengan wanita kamu..
Perhatikanlah apa2 yang boleh membuatkannya marah dan berusahalah menjauhinya..
Carilah apa2 yang membuatkannya bahagia dan pertahankanlah selama bukan maksiat kepada Allah kerana Nabi saw telah berpesan "janganlah seorang mukmin membenci mukminah, apabila ia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin ia boleh meredhai akhlaknya yang lain" HR Muslim

Lelaki, kita perlu bersabar dalam usaha mentarbiyah isteri. Kerana Baginda SAW ada memberi ingatan tentang ini. Hayatilah pesan baginda saw:

“Berpesan baiklah terhadap para wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas,. Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh karenanya berpesan baiklah terhadap para wanita”. ( Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sumber daripada Imam Muda Asyraf dan sedikit tambahan


Special dedicated to you.. Haaaa!! Awaklaa!! ^_^





Friday 15 February 2013

Bicara sempadan kasih kita | Yatt Hamzah

Assalamualaikum penghuni laman sesawang.. Selamat pagi cinta.. Cewahhh! Mentang-mentang baru valentines day kannnn... Japp!! Cik Murni tak sambut wokeh!! Hopefully muslimin & muslimat kat luar sana pun sama macam Murni.. Especially sesape yang tak nikah lagi tu.. Buat anda yang sudah berkahwin, patutkah kita celebrate?? Adakah cinta kita pada insan tersayang itu bermusim?? Semestinya tidak bukan.. Okeh, lets straight to da point. Actually semalam bertempat di Surau al-Hidayah, Saujana Utama telah berlangsungnya satu bicara bertajuk Sempadan Kasih Kita yang berpanelkan pelakon & pengacara Yatt Hamzah, isteri kepada ADUN, ibu Lin & pelajar UITM.

Bagi Murni dis talks agak menarik kerana mengupas tentang sempadan-sempadan kasih baik ketika bercinta atau selepas berkahwin. Ahli panel banyak bercerita tentang realiti hidup mereka. Banyak juga input yang Murni dapat sebagai panduan di kemudian hari especially ketika berkeluarga sendiri nanti.. Preparation untuk berkahwin laa katekan..

Kak Yatt cakap, bercinta selepas berkahwin itu lebih indah dari bercinta sebelum kahwin.. Ibu Lin pulak cakap, sebelum kahwin kita lebih tertarik pada luaran kecantikan ketampanan pasangan kita tetapi selepas berkahwin kita lebih tertarik pada personaliti dan akhlak pasangan kita, yang cantik dan tampan tu dah tak pandang sangat.

Kesimpulan-kesimpulan dari bicara ini yang dapat Murni ringkaskan kat sini adalah :

# kita perlu adakan sempadan or dinding ketika bercinta tetapi biarlah ketika berkeluarga sesama keluarga dengan ibu dan ayah kita, kita robohkanlah sempadan itu.

# ibu bapa perlu menjadi sweet talker kepada anak-anak supaya anak senang berinteraksi meluahkan masalah, justeru anak lebih tenang dan aman duduk di rumah.

# dalam hidup suami isteri kita perlu ada 4M which are Menghormati, Menyayangi, Melengkapi dan Mendidik.

# suami isteri jangan segan silu berpegangan tangan dan berpelukan ketika keluar bersiar or ke mana sahaja. Semarakkan cinta walau bertahun berkahwin. Dah halal kan.. Time bercinta boleh pulak pegang tangan, peluk-peluk dan suap-suap kann?? Why lepas kahwin segan nak buat? Dapat pahala lagi tu.

# kalau anak nak kahwin, permudahkanlah. Meskipun anak masih belajar. Rezeki Allah yang tentukan..

# untuk ibu-ibu yang kuat membebel kat luar sana, kalau suami balik keje penat, janganlaa membebel, lelaki tak suka wokeh sooooo biar FREE BEBEL at home. Dear, I'm not kuat bebel kannn?? In Shaa Allah, mengharapkan sifat ini kekal walau selepas berkahwin..

Actually banyak lagi benda menarik dalam bicara ni tapi kalau nak taip semua sampai esok pagi pun tak habes uolss. So ni jela yang dapat Murni share ngan korang. Sharing is caring gitu.. Hencek fiance pernah pesan jugak pada diri ini, suami dan isteri itu ibarat satu irama.. Sorang bermain gitar sorang bermain drum. Bunyi yang berlainan, rentak yang berlainan. Masing-masing perlu harmonizekan bunyi itu supaya menjadi satu irama yang sangat sedap didengar. Wahhhh~ berfalsafah di situ. Bukan berfal'sampah' okeh.. For me pulak, not the same characteristics tat i'm searching for BUT understanding our different characteristics tat i'm looking for..
Sama-samalah kita perbaiki diri kita sendiri, hanya kita yang mampu mengubahnya In Shaa Allah.. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi kita perlu berusaha jugak kan.. Don't ever forget to thank HIM.. Jaga hubungan dengan Allah, In Shaa Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan insan2 tersayang. Apa yang kita ada sekarang, family, pasangan, rakan-rakan adalah sekadar pinjaman di dunia, mereka amanah untuk kita sayangi dan kasihi. Bila-bila masa Allah akan tarik nikmat itu.. Wallahualam~ Sekian..






Tuesday 12 February 2013

My engagement | He booked me on CNY!!

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi akhirnya Murni selamat menjadi tunangan orang.. Dulu anda bergelar hencek boyfren but now you are my fiance dear.. Introducing my fiance En.Fadzli Sulaiman..
Actually guys, kami cuma ambil masa tak sampai 5 months untuk decide pertunangan ni.. Keputusan yang drastik immediate decision especially from me ni kadang-kadang terasa bagai menyusahkan si dia. But he himself do happy & do accept me seadanya.. Mula-mula perkenalan memang sangat ragu-ragu tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati Allah dekatkan hati ini pada dia.. Mengharapkan ikatan pertunangan ini sampai ke tarikh pernikahan.. Semoga Allah memelihara hubungan kita sampai ke syurga.. Amin~

Preparation|
Seriously memang setengah mati jugak ke sana sini cari barang tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar plus sokongan dari insan tersayang kann tak jemu follow gf kesayangan dia ni ke mana saja baik shopping, pilihkan matchingkan colour yang sesuai, tenangkan & hilangkan feeling penat dan tension cari barang.. Alhamdulillah terima kasih Allah kerna mengurniakan insan seperti dia In Shaa Allah pendamping hidup baik di dunia & akhirat..

Engagement day| 10 Feb 2013
My engagement berlaku pada malam hari.. Murni berbaju peplum dusty pink dan of course sentuhan makeup sendiri.. Memilih tema hantaran pink purple 7 dulang berbalas 5 dulang dari pihak lelaki bertema light gold.. Hantaran di deco sendiri from my side and his side di deco oleh mak & mak ucu.. Seyes terpegun ngan hantaran pihak lelaki yg begitu creative kalo nak dibanding dengan pihak perempuan. Hehe~

Hantaran| Lelaki
Sireh + Wajik
Wallet + Belt
Baju tshirt berkolar
Sejadah
Coklat
Buah
Cake tunang

Hantaran| Perempuan
Kain pasang
Al-Quran
Cincin tunang
Jelly
Sireh junjung

Cincin bersama duit tanda sebanyak RM123.45 tu menandakan pihak lelaki setuju untuk memberi hantaran sebanyak RM.... Teka sendiri laaa yerk! Kain pasang mak pilih seriously sangat cantik.. Suka sangat!!! Plus al-Quran terjemahan tu In Shaa Allah menjadi panduan dan petunjuk selepas terdirinya masjid cinta kami..
Oklaa korunk.. Murni sediakan santapan mata dengan sedikit gambar-gambar time majlis berlangsung. Will update the rest soon~ Check it out!!
Special wish for you sayang, I'll love you till Jannah.. Thank you for everything.. Semoga Allah menjaga & memberkati hubungan kita.. Amin~